G6663:PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
REFLEKSI SLOT 1 20 Mac 2018/Selasa
Pada slot 1, kami telah didedahkan oleh Dr.Fariza Khalid dengan 5 jenis teknologi yang boleh digunakan di bilik darjah bersesuaian dengan Pembelajaran Abad ke-21 seperti yang telah digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dipraktikkan di bilik darjah. 5 jenis teknologi tersebut adalah dron, Cetakan 3D, Biometrik, Teknologi Realiti Maya dan Hologram. Secara langsung, semua ini telah dikaitkan dengan Forth Indsutrial Revolution (4IR) yang sedang hangat diperkatakan di media dan di institusi pendidikan. Semua perkara di atas adalah sesuatu yang baru dalam pengalaman saya. Pembacaan yang lebih banyak adalah perlu bagi diri saya untuk mengetahui perkembangan teknologi serta mengenali jenis-jenis teknologi yang dijelaskan penggunaannya di bilik darjah yang bersesuaian dengan profesion saya sebagai seorang pendidik. Seterusnya, kami juga mempelajari penggunaan ruang chat di htttps://todaysmeet.com/ untuk membincangkan penggunaan computer as a tool, computer as a tutee dan computer as a tutor di sekolah. penggunaan ruang chat ini juga merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Ia tidak memerlukan penggunaan untuk install perisian dan sangat senang untuk digunakan. Saya mencadangkan untuk mendedahkan penggunaan seperti ini untuk dipraktikkan di sekolah bersama guru-guru dan murid-murid. Secara tidak langsung,guru-guru dan murid-murid turut mendapat manfaat daripada pendedahan yang diberikan. Implikasinya, murid dan guru secara tidak langsung mengamalkan pembelajaran abad ke-21 serta pembelajarannya berpusatkan pelajar yang dibantu oleh teknologi.
REFLEKSI SLOT 2 21 Mac 2018/Rabu
Pada slot ini, kami telah diberi peluang untuk mengemukakan pandangan masing-masing mengenai hardware approach, software approach dan system approach. Kemudiannya, kami telah mendengar penjelasaan Dr.Fariza Khalid mengenai setiap pendekatan tersebut dalam konteks pendidikan.Seterusnya, kami telah diperkenalkan tentang Model ADDIE ( Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation) . Pada pandangan saya, Model ADDIE ini adalah langkah untuk membina, mereka bentuk dan menghasilkan media dan kaedah pembelajaran sebelum melaksanakan PdPc. Langkah ini mengambil kira keperluan murid, tahap murid yang hendak dinilai,kos dan kebolehcaraannya digunakan. Kami dalam kumpulan telah menghasilkan satu peta minda menggunakan aplikasi Coggle menjelaskan fungsi dan proses Model ADDIE. Selepas menghasilkan peta minda, kami telah memuat naik hasil kerja kumpulan di blog Dr.Fariza.
Tugasan kami seterusnya ialah kami dikehendaki memberi pendapat masing-masing mengenai pengertian Teori Pembelajaran iaitu Teori Konstruktivisme, Teori Kognitivisme, Teori Behaviourisme dan Teori Connectivisme di blog Dr.Fariza. Melalui tugasan tersebut, rakan-rakan telah memberi pelbagai pandangan masing-masing dan berkongsi sumber mengenai teori-teori yang diberi. Pada masa akan datang, saya sangat menyarankan untuk berkongsi mengenai penggunaan Coggle di sekolah nanti kepada guru-guru dan murid-murid kerana ia sangat mudah difahami, tidak perlu install dan sangat mudah untuk digunakan. Seterusnya,pada slot petang kami telah diperkenalkan dengan pembinaan laman web iaitu Weebly sebagai e-Portfolio. saya mempunyai pengetahuan asas dalam pembinaan blog dan laman web namun bagi pengalaman saya menggunakan Weebly sebagai blog persendirian agak mencabar walaupun kelihatan sangat mudah. semasa belajar membina e-Portfolio, saya agak ketinggalan sedikit kerana arahan agak pantas dan kurang jelas. Hal ini mungkin kerana masing2 sibuk membuat e-Portfolio dalam keadaan yang agak riuh dan dalam kekeliruan. Semakin lama saya semakin dapat mengikut rentak pembelajaran dan senang untuk membuat rangka e-Portfolio sendiri.

REFLEKSI SLOT 3 23 Mac 2018/Khamis
Pada slot pagi,